Tribute khas buat Paul Walker




VIDEO tribute khas buat Paul Walker yang dihidangkan ketika MTV Movie Awards 2014 yang berlangsung Ahad lalu, nyata menyentuh perasaan hadirin pada malam itu.

Menerusi laporan online, bintang Fast & Furious itu mendapat tribute istimewa daripada rakan seangkatannya, Jordana Brewster yang menyampaikan beberapa ucapan yang cukup bermakna.
“Akhir November lalu, terjadi sebuah tragedi  yang sangat mengejutkan. Kesedihan yang luar biasa muncul di seluruh penjuru dunia atas kematian orang sebaik Paul Walker.
“Dia adalah orang yang sangat istimewa, saya sangat beruntung kerana dapat bekerja dengannya selama 15 tahun terakhir ini dan menjadi saksi betapa mulia hatinya. Dia seorang yang merendah diri, dia selalu memikirkan orang lain.

Jika kamu berkawan dengannya hanya 5 minit saja, kamu akan merasa menjadi orang terpenting baginya di dunia,” jelasnya.

2 comments :

  1. tak best Fast & Furios bila Paul Walker tak ada...andailah diaorang buat yang lain lagi kannn???

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol