Sekolah diarah tutup dua hari



Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Oktober 2015. Bagaimanapun, arahan itu dikecualikan kepada sekolah-sekolah di negeri wilayah persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah.




Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana keadaan jerebu semakin teruk.

"Kementerian Pendidikan telah buat keputusan bahawa semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak diarah tutup mulai esok hingga Selasa.

"Bagaimanapun, keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak masih dipantau," katanya kepada media semasa lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, di sini, hari ini.

Menurut Mahdzir, penutupan operasi itu tidak perlu diganti semula melibatkan semua guru, murid dan kerani sekolah.

Sementara itu, peperiksaan seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 akan berjalan mengikut waktu yang sudah dijadualkan.

"Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu," katanya.


sumber : sinarharian, astroawani

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol