Sinopsis Train To Busan



Mengisahkan perjalanan seorang bapa, Seok-woo (Gong Yoo), bersama anak perempuannya, Soo-an, dalam perjalanan menaiki keretapi dari Seoul menuju ke Busan. Kisah bermula apabila Seok-woo, seorang workaholic yang telah bercerai tinggal bersama ibunya di Seoul. Sentiasa sibuk di pejabat menyebabkan beliau jarang meluangkan masa bersama anaknya sehinggakan beliau terbeli hadiah hari jadi yang sama buat Soo-an.

Untuk memujuk anaknya, beliau berjanji untuk menghantar Soo-an (Soo-an Kim) ke rumah bekas isteri di Busan kerana Su-an terlalu rindukan ibunya. Setelah beberapa minit berlepas, penumpang mula sedar dengan ancaman zombi di dalam keretapi. Lebih memburukkan lagi keadaan virus zombi telah pun merebak ke seluruh bandar dan mereka tiada jalan lain selain meneruskan perjalanan ke Busan dengan keretapi dipenuhi zombi.

1 comment :

  1. dan paling sedih hero pun jadi zombie huhuhu. apa apa pun 10/10 hehe

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol