Busuk.org ada Aplikasi Shoutbox Percuma untuk Blogger



Mungkin ramai dalam kalangan blogger Malaysia sudah mengetahui bahawa salah sebuah penyedian Shoutbox, iaitu Shoutmix telah menghentikan aplikasi percuma mereka, sebaliknya pengguna terutamanya para blogger, yang ingin menggunakannya secara berbayar. Hal ini merupakan sebuah tamparan hebat kepada kebanyakan blogger, terutamanya dari Malaysia yang menggunakan aplikasi Shoutmix untuk mengunjungi rakan-rakan blogger yang lain.

Terdapat sebuah berita baik di mana kini, Busuk.org, iaitu sebuah kumpulan yang telah membangunkan laman Ping, Ping.Busuk, dan laman perkongsian video, Video.Busuk, baru sahaja membangunkan aplikasi Shoutbox percuma terutamanya buat blogger Malaysia!
Berikut adalah kelebihan yang ada pada Shoutbox terbaru ini (diambil dari laman Shout.Busuk:
  1. Real-time chat – Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru
  2. Custom smilies – Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.
  3. Customizable – Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda
  4. Word filter – Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.
  5. Ban system – Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda
  6. Online user counter – Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda
  7. FREE! – Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma!
Bagi para pembaca yang ingin menggunakannya, anda boleh mendaftar pada halaman Shout.Busuk.org dan mula menggunakannya secara percuma. Yay!

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol