Tayangan secara eksklusif dokumentari bertajuk ‘Siti Nurhaliza’ di saluran History dan saluran History HD akan disiarkan ulangannya pada 12 Januari pukul 8 malam, 14 Januari (6 petang) dan 15 Januari (9 malam).
Baca lebih lanjut mengenainya di artikel kami yang lalu. Dokumentari ini merupakan salah satu hadiah harjadinya yang bermakna kerana ditayangkan sempena harijadinya yang ke 33 kelmarin.
Sempena harijadinya yang ke 33 tahun, Siti bersama suaminya, Datuk K sedang berada di Dubai UAE. Bercuti hampir dua minggu ke Asia Barat seperi Marrakech, Maghribi dan Dubai.
Apabila ditanya apakah yang dihajatinya sempena hari kelahirannya, Siti menjawab di usia begini tiada apa yang diharapkan selain segala yang dilakukan diberkati Allah SWT serta dipanjangkan usia untuk menikmati kehidupan yang lebih tenang. Bagi Siti bukan hadiah mewah yang menjadi keutamaan. Tetapi kesihatan dan rahmat berpanjangan. Juga kasih-sayang berpanjangan daripada suaminya, Datuk K.
“Saya juga tidak pernah putus memohon kepada-Nya untuk memberi kudrat dan tenaga bagi menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang lebih baik. Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini. Apatah lagi, angka tiga itu merupakan nombor bertuah saya.” – gurau Dato’ Siti.
“Kerana itu jugalah, saya mengharapkan agar saya terus dilimpahkan dengan rezeki dan rahmat yang berpanjangan untuk dinikmati bersama suami dan keluarga tersayang. Saya juga tidak pernah putus meminta dikurniakan cahaya mata yang sekian lama diimpikan. Tetapi, saya tetap reda dengan segala ketentuan-Nya. Saya percaya setiap perjalanan hamba-Nya sudah ditentukan dan sebagai umat Islam, saya percaya kepada qada dan qadar.”
Tahun ini perkahwinan mereka masuk ke usia 6 tahun. Untuk itu kata Siti, dia begitu mengharapkan agar tahun 2012 ini beliau dapat menjadi seorang ibu. Kami mendoakan apa yang terbaik buat Siti agtau lebih mesra dipanggil makiti oleh anak-anak suaminya, Datuk K ini.
kredit: ohartis
No comments :
Post a Comment