Hazel Jones Hilang Dara Dua Kali….Dia Memiliki Dua Faraj!
“Pasangan saya memiliki dua pilihan,” kata Hazel Jones, seorang wanita berusia 27 tahun dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen ITV kelmarin.
Untuk pengetahuan anda, Hazel memiliki dua faraj yang terletak ‘sebelah menyebelah’.
Dia juga menjelaskan bahawa dirinya sudah tiada dara – di kedua-duanya!
Hazel didiagnosis memiliki kelainan yang terjadi satu dalam sejuta manusia.
Selama ini Hazel selalu tertanya-tanya mengapa dia sering menderita kesakitan dan kekejangan semasa datangnya haid.
Ketika berusia 14 tahun, iaitu setelah menjalani diagnosis doktor, barulah dia mengetahui tentang keadaan badannya yang menakjubkan yang tidak dimiliki oleh wanita lain.
Dia yang berasal dari High Wycombe, Britain ini rupa-rupanya memiliki dua vagina dan dua rahim.
Pakar perubatan, Dr. Dawn Harper menjelaskan, keadaan yang dialami Hazel ini disebut uterus didelphys.
Keadaan ini terjadi apabila dinding penyekat pada tabung rahim gagal memecah ketika Jones masih bayi.
Akibatnya, dua rahim terbentuk diikuti dua vagina.
Dua uterus diikuti dengan dua vagina yang terpisah adalah kejadian yang sangat jarang berlaku.
Menurut Dr. Harper, Hazel berkemungkinan akan mengalami komplikasi jika ia hamil.
Dia, menurut Harper, mungkin akan mengalami risiko tinggi semasa hamil tua, keguguran, kelahiran tidak cukup bulan atau mengalami pendarahan ketika hamil.
Hazel dalam pada itu menolak untuk melakukan pembedahan bagi mengubah farajnya, ini kerana dia selesa dengan kehidupannya sekarang.
” Saya memiliki kehidupan seks yang hebat ketika ini ”
Ketika ditanya mengenai teman lelakinya, Hazel menjawab: ” Dia dapat dua daripada ‘dua-dua’ yang saya miliki.” – Oleh SYAHRIL A. KADIR
Labels:
2 faraj
,
Hazel Jones
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment