Kerajaan menangguh Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)



KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi membolehkan semakan semula skim tersebut dilakukan.




Semakan itu terpaksa dilakukan selepas timbul pelbagai isu yang dibangkitkan oleh kakitangan awam.
Melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji antara 7 dan 13 peratus.
Cuepacs tidak menolak sepenuhnya SBPA tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dipersetujui, ia terpaksa membangkitkan mengenai isu itu.
Antara yang kurang disenangi  adalah mengenai kenaikan gred serta isu gaji kerana ada yang mendakwa akan menerima kenaikan gaji yang terlalu kecil.
Mynewshub.my difahamkan, pengumuman berhubung penangguhan itu akan dibuat dalam masa terdekat ini.

1 comment :

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol