Ibu NurAmalina Che Bakri -jawab isu gambar-seksi

Pada tahun 2005, Nur Amalina Che Bakri pernah mengejutkan negara ini dengan menjadi pelajar terbaik untuk SPM tahun 2004 dengan keputusan luar jangkaan, 17A1. Keputusan seperti ini benar-benar hanya mampu diperolehi oleh pelajar yang dikategorikan sebagai genius.
Nur Amalina menyambung pelajarannya dengan membuat A-Level sebelum memasuki University of Edinburgh, Scotland, United Kingdom dalam bidang perubatan.
Baru-baru ini telah tersebar gambar-gambar Nur Amalina Che Bakri yang dipercayai dicuri oleh seseorang melalui laman Facebook miliknya. Selepas sahaja tersebarnya gambar tersebut, Nur Amalina mendapat kritikan dah tohmahan dari orang ramai yang mengatakan dirinya menerima kejutan budaya, lupa diri dan pelbagai lagi kata-kata tidak baik.


- Gambar-gambar seksi Nur Amalina Che Bakri yang tersebar
Sehubungan dengan itu, hanya ibunya yang tampil memberi pelbagai penjelasan mengenai tersebarnya gambar-gambar tersebut.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009″

Artikel dari Berita Harian:
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya. Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.
“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.
Dan yang terkini di Metro 4 Januari 2012:

















JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.

“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Apapun yang berlaku, kita doakan semoga Nur Amalina Che Bakri dapat menghabiskan pelajarannya di sana dan pulang ke Malaysia untuk terus berbakti kepada tanah air sendiri. Tentang perangainya, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Untuk itu, janganlah kita mencemuh insan-insan sebegini sebaliknya mendoakan agar dia berubah dan juga berdoa agar anak-anak serta adik-adik kita tidak terjebak di dalam kancah liar sebegitu.




No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol