Nampak Pakaian Dalam…...Takdelah Seksi Mana Pun – Iqa Mentor


“Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam.
Mujur tak nampak ‘benda’ yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.
“Nama pun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” jelas penyanyi, Iqa Mentor.

Itu adalah penjelasan Iqa dalam majalah Media Hiburan.
Kekecohan terjadi apabila gambarnya yang sedang posing dalam keadaan basah tersiar dalam portal hiburan Rotikaya.com.
Ketika itu berlangsungnya majlis selebriti bersama peminat yang dianjurkan oleh Media Hiburan bertempat di Taman Botani.
Agaknya apakah tafsiran seksi di mata Iqa yer?
Ramai rakan artis kata seksi itu subjektif sifatnya…” Adakalanya I pakai baju kurung pun orang kata seksi,”. Ini adalah antara yang sering dilontarkan.
Bagi penulis pula, SEKSI adalah keadaan di mana mata kita SEKSA melihatnya, hahahaha, OK tak? Anda pula macam mana?- Oleh SYAHRIL A. KADIR

SUMBER ROTI KAYA

2 comments :

  1. habis itu dinamakan seksi orng kat WWE gusti gune sluar dalam x de lak org ckap dierng seksi.Orng pompuan gune sluar dlm kate seksi hmm....aku nak ketawa lah nak dengar cite nie..

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol