Enggan Bogel Lagi – David Beckham


SEJAK memiliki anak perempuan, David Beckham mengakui dia kini tidak lagi berjalan sambil berbogel di kediaman mewahnya di Los Angeles.

Suami bekas anggota Spice Girls, Victoria Beckham itu berkata: “Zaman bogel saya sudah berlalu. Saya boleh berjalan dalam persekitaran kediaman saya (di Los Angeles) dengan hanya memakai seluar dalam, tapi berbogel tidak sama sekali.
“Saya tak kisah berbogel di depan tiga anak lelaki saya tetapi sejak ada anak perempuan, saya rasa berbogel dalam rumah tidak lagi sesuai.”
Hasil daripada perkahwinannya dengan Victoria, dia kini mempunyai tiga anak lelaki terdiri daripada Brooklyn, 12, Romeo, sembilan, dan Cruz, enam tahun, serta anak perempuan, Harper yang kini mencecah usia enam bulan.
Beckham, 36, mengeluarkan kenyataan tersebut pada majlis pelancaran koleksi seluar dalam lelaki jenama H&M di London baru-baru ini.
Dalam pada itu, Beckham mengakui dia dihimpit perasaan malu apabila anak-anaknya itu melihat foto dirinya yang menjadi model seluar dalam.
“Setiap kali melihat saya dalam paparan iklan seluar dalam, anak-anak saya akan berkata, ‘Oh tidak, ayah lagi! (muncul dalam iklan seluar dalam)’.
Mereka seperti ‘Ayah kelihatan hebat tetapi semua orang tengok ayah pakai seluar dalam’. Malu saya dibuatnya,” tutur Beckham. (KOSMO!)

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol