Spangenberg Model Eropah Paling 'Kerimping'....Pinggangnya Cuma 20 Inci!
Ramai wanita di luar sana mendambakan bentuk badan yang kurus dan ramping, persis ala-ala seorang model.
Bermacam cara digunakan termasuklah dengan mengambil pelbagai ubat diet semata mahu merealisasikan impian tersebut.
Namun bagi seorang model kelahiran Romania, Ioana Spangenberg, dia sentiasa berusaha dan cuba untuk gemuk.
Tetapi semuanya sia-sia kerana percubaan untuk menaikkan berat badannya tidak pernah berhasil.
Nak tahu berapa saiz pinggangnya? Hanya 20 inci.
Sekaligus ia meletakkan nama Spangenberg, 30, antara model ‘paling kerimping’ dalam dunia modeling Eropah.
Dia mempunyai ketinggian 170cm dan berat 38 kilogram.
Menurutnya, dia makan tiga kali sehari termasuk makanan berlemak seperti kerepek, pizza dan kebab.
“ Nampaknya tidak seorang pun yang percaya, tapi setiap hari saya makan tiga kali sehari…coklat dan kerepek sepanjang waktu.
” Mungkin saya hanya memiliki perut yang kecil kerana jika makan terlalu banyak saya akan merasa sakit,” katanya kepada akhbar The Sun.
Untuk rekod, Spangenberg lahir dengan berat badan normal.
Namun dia mula merasai perubahan aneh pada tubuhnya ketika dia masih remaja.
“ Di Romania adalah lebih baik sekiranya anda gemuk dan mempunyai berat badan yang berlebihan, kerana itu bererti anda berasal dari keluarga kaya,” jelasnya. - Oleh SYAHRIL A. KADIR
Labels:
Spangenberg Model Eropah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment