Pelajar bunuh diri kerana bosan hidup



HOUSTON: Seorang pelajar popular membunuh diri selepas rayuannya kepada ratusan rakan online untuk mendapatkan bantuan tidak dihiraukan.
Pelajar sekolah menengah, Ashley Duncan, 17, menulis,: “Saya akhirnya memperoleh pistol” dan kemudian memuat naikkan gambar senjata itu. Pistol berkenaan dipercayai digunakannya untuk membunuh diri tidak lama kemudian.

Ia menyusuli beberapa siri tulisannya dalam Tumblr dan Twitter, tempat dia bercerita mengenai membunuh diri, mempersoalkan erti kehidupan dan berkata dia dalam keadaan sengsara.
Antara tulisannya berbunyi: “Kehidupan tidak ada harganya jika kamu tahu atau sudah tahu bagaimana rasanya ingin mati setiap saat, minit, jam, hari, minggu bulan dan tahun. Dengan itu, anda boleh merasai seperti saya. “Saya mungkin tidak perlu bergelut dengan masalah kewangan tetapi saya bergelut dengan emosi dan mental dan saya percaya ia pergelutan paling teruk.



“Jadi saya tertanya mengapa bukan menjadi pilihan saya untuk mati sekarang? Kehidupan saya sengsara.

“Satu hari nanti, saya tidak akan ada di sini lagi dan ia akan menjadi hari paling gembira dalam hidup saya. Saya bosan dengan kehidupan ini.
“Tuhan seolah-olah mendera saya dengan membiarkan saya hidup. Satu-satunya perkara yang membuat saya gembira sudah berlalu. Saya sengsara.” ‘Perkara’ yang dirujuknya itu tidak jelas tetapi tulisannya sebelum ini membayangkan hubungan cintanya dengan seorang rakan terputus.

Dia menulis: “Saya kecewa. Saya tidak akan bergantung kepada orang lain untuk memulihkan hati saya. Ia sudah musnah.” Ashley, pemain bola tampar berbakat dikatakan pelajar popular di Sekolah Menengah Bellaire sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Pershing kerana mahu menamatkan persekolahannya lebih awal. Semalam, Ashley, yang selama ini dilihat sebagai remaja periang, berjalan ke persimpangan Braes Forest Drive dan Portal Drive dan menembak dirinya.
Rakannya di Bellaire berkata mereka menyangka tulisannya itu hanya jenaka.

“Saya tidak memberi tumpuan kerana dia sering bergurau. Saya tidak pernah menyangka dia serius,” kata Theresa Sosa. - DM

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol