Gambar2 Separuh Bogel Kate Middleton


Ketika rakyat Malaysia begitu teruja dan sibuk dengan kehadiran Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia, lain pula ceritanya di Eropah.


Keadaan di Eropah kecoh dengan berita tersebarnya gambar separuh bogel isteri Putera William ketika pasangan diraja itu bercuti di selatan Perancis awal bulan ini.
Seorang jurufoto majalah Closer di Perancis didakwa telah menceroboh ruang privasi Putera William dan Kate ketika mereka sedang berehat di negara itu.


Menurut jurucakap pegawai Istana St James, mereka sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat majalah itu termasuk jurufoto berkenaan.
“Pasangan diraja berkenaan amat sedih dan marah kerana satu penerbitan Perancis dan seorang jurugambar menceroboh privasi mereka secara melampau dan tanpa sebarang justifikasi.
“Insiden itu mengimbau kembali perbuatan melampau media cetak dan jurugambar paparazi semasa Diana masih hidup,” kata jurucakap Istana St James yang dipetik dari laman Gawker.com, semalam.
Menurut laporan TMZ pula, keluarga diraja tersebut termasuk Putera William dan Kate telah bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap majalah Closer.
“Tindakan prosiding mahkamah untuk menyaman telah pun dibuat di Perancis hari ini,” kata jurucakap Istana St. James.

Pihak editor majalah Closer mengatakan pendedahan gambar itu hanyalah untuk hiburan semata-mata dan bukan menjatuhkan maruah atau nama Kate.

Sebelum ini, satu lagi kontroversi melibatkan keluarga diraja itu apabila gambar Putera Harry yang sedang berbogel dengan seorang perempuan didedahkan oleh akhbar The Sun di Britain kepada umum.
Putera Harry berbogel dengan seorang wanita semasa mereka berada di dalam sebuah bilik hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat.







1 comment :

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol