DOWNLOAD BORANG BR1M 2.0



Untuk permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M), pemohon boleh mengisi secara dalam talian atau juga memuat turun borang BR1M 2.0 tersebut di sini dan menghantar ke agensi yang berkaitan. Untuk mendapatkan maklumat terperinci dan lengkap boleh baca di laman web Hasil atau menghubungi agensi berkaitan secara terus.


Isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untukBR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakanmereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.
Pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.
Mengikut perancangan Kementerian Kewangan, pihaknya menjangkakan pemohon yang layak boleh mula membuat permohonan bulan ini manakala pembayaran wang bantuan RM500 (atau RM250 untuk bujang) akan dilakukan bermula Januari 2013.

Kelayakan Mohon BR1M 2.0:-

• Isi rumah yang layak (RM500):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah.

• Individu yang layak (RM250):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.




Isi melalui online—> Permohonan Online BR1M 2.0

Download borang—> Borang BR1M 2.0

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol