CHELSEA gagal mempertahankan kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila sekadar seri 1-1 dengan Swansea City dalam saingan ke-10 di Stadium Liberty semalam.
Dengan kekalahan itu, Chelsea turun ke tangga kedua, dengan mengumpulkan 23 mata hasil 10 perlawanan setakat ini.
MU pula mara ke tangga teratas dengan mengumpul 24 mata setelah menewaskan Arsenal 2-1. MU melengkapkan perlawanan ke-10 kira-kira dua jam lebih awal semalam.
Dalam perlawanan itu, Chelsea mendahului Swansea apabila gol The Blues disumbangkan oleh Victor Moses pada minit ke-61.
Bagaimanapun, Pablo Hernández menjadi wira Swansea apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-88 sekali gus berkongsi satu mata.
BERIKUT keputusan penuh perlawanan EPL yang berlangsung semalam (waktu Malaysia).
Manchester United 2-1 Arsenal
Fulham 2-2 Everton
Norwich City 1-0 Stoke City
Sunderland 0-1 Aston Villa
Swansea City 1-1 Chelsea
Tottenham Hotspur 0-1 Wigan Athletic
No comments :
Post a Comment