KOTA BHARU - Seorang nelayan di sini
mendakwa melihat sebuah pesawat terbang
lebih rendah daripada biasa di Laut China
Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari
Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal
pagi kelmarin.
Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat
pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa
membawa lima kaki pancing di kawasan
tersebut.
Menurutnya, pesawat itu terbang rendah
menghala keluar dari negara ini menuju ke
tengah laut.
“Ketika itu hanya saya dan Pak Da
(kawannya) sahaja yang melihat kapal
terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami
nampak kapal terbang di kawasan ini
kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia
lebih rendah daripada biasa.
"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal
terbang itu dari muka laut, cuma nampak
lampu besar buah kelapa dan di bawah
awan. Itu yang saya hairan,” katanya
ketika dihubungi, semalam.
Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki
pancing ke laut berkata, dia hanya
mengetahui mengenai kehilangan MH370
selepas mengikuti berita di televisyen,
semalam.
Berikutan itu, dia membuat laporan polis
di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota
Bharu, petang semalam.
“Saya hanya ingin beritahu apa yang saya
nampak malam itu. Mana tahu ia boleh
bantu (pasukan mencari dan menyelamat).
No comments :
Post a Comment