Dua lagi laporan polis dibuat berhubung kes pembocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan subjek Matematik dan Bahasa Tamil.
"Saya mengesahkan ada menerima laporan mengenai pembocoran kertas UPSR subjek Matematik dan Bahasa Tamil. Polis akan menyiasat dalang di sebalik kes ini," katanya.
Beliau berkata, pasukan khas yang sama yang sedang menyiasat pembocoran kertas UPSR subjek Sains dan Bahasa Inggeris kendalian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Gan Kong Meng, akan membuat siasatan berhubung kes ini.
kredit: bharian
No comments :
Post a Comment