KISAH SAYU POMEN PUTUS TUNANG
Jom baca cerita pasal pomen nie..
"Kau okay ke?"
Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan
muka tak bermaya, dia membuka mulut,
"Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua
dah buat. Kad pun dah tempah.
Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-
kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja
apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup
selama dua hari. Fikiran entah ke mana.
Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain."
Aku terkejut.
"Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia?
Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau."
"Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak
buat aku macam ni."
Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah
berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia
agak berat hati, tak nak nanti disangka
memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya
dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.
"Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa
saja. Berbadan gempal tak macam orang lain.
Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya
memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia
terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima
dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam
aku. Jiwa yang sama.
Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-
kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis
padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik
tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan
peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat.
Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu
sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.
Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak
transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik
macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-
rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat
kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang,
selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan
geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj
banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya,
selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam
orang minyak dah siang malam tangan dan muka
penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.
Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk
kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set
kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos
untuk gym dan lain-lain.
Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak
dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy,
aku pun happy.
Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka.
Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik
menawan. Dah macam model. Cantik sangat.
Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik?
Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti
dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku.
Kemudian, kitorang bertunang.
Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak
beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak
pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan
kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi,
aku dah repair semua macam baru. Modified full
set.
Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku.
Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak
putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.
Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi
mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian.
Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak
bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku
tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang
lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan
cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang
orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu.
Aku gak yang disalahkan."
Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba
menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,
"Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang
aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta
yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata,
kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit
jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku
cukup-cukup.
Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang
dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup
berkorban apa saja untuk dia?"
Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia
boleh berubah 360 darjah sekelip mata.
"Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam
aku, tak perlulah kau berkorban harta dan
segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri
kau. Pesanlah pada semua baik laki atau
perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya
sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau
pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila
senang, tinggalkan kita.
Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk
masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula
aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang
lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula.
Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya.
Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku
ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah.
Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih."
Aku pun sebak dengar ceritanya.
Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti
padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah,
dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik,
solehah dan boleh hidup susah dan senang
bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak
pernah menemukan kita dengan orang yang salah
melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu
salah buat pilihan....
sedih jugak lepas baca kisah nie..
kena amik pengajaran nie...
No comments :
Post a Comment