Pizza Hut tawar piza harga serendah RM5



8 Jan – Pizza Hut Restaurants Sdn. Bhd. (Pizza Hut) memperkenalkan promosi terbaru, “Awesome! Tasty Deals – Promosi Gegar Rasa Gempak Harga” menawarkan 16 jenis piza berharga serendah RM5 untuk setiap piza.


Pengurus Besar Kanan Pizza Hut Malaysia, Low Kang Moon berkata, pihaknya sentiasa mencari jalan untuk memberikan peminat setia mereka peluang menikmati kesemua piza pada harga yang berpatutan.

Katanya, promosi itu dilancarkan dengan mengambil kira faktor orang ramai yang sentiasa mencari hidangan lazat pada harga berpatutan untuk dikongsi bersama sahabat-handai dan keluarga.

“Promosi hebat Pizza Hut ini menjemput pelanggan untuk mencuba setiap jenis piza yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan segar di atas kerak kegemaran ramai, iaitu piza pan.

“Pada harga serendah RM5, anda boleh menikmati piza personal (jimat sehingga RM6.80), RM10.00 untuk piza saiz biasa (jimat sehingga RM14.80) dan RM15.00 untuk saiz besar (jimat sehingga RM19.80),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pelanggan boleh memilih daripada 16 jenis pilihan ramuan (topping) seperti Hawaiian Chicken, Blazing Seafood dan terbaharu, Meat Lovers Pesto.

“Awesome! Tasty Deals – Promosi Gegar Rasa Gempak Harga” Pizza Hut ini terdapat di lebih 350 restoran Pizza Hut di seluruh negara untuk khidmat bawa pulang sahaja dari 5 hingga 27 Januari 2015.

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol