Tarikh pembayaran pertama BR1M 2017:

Tarikh pembayaran pertama BR1M 2017:

Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3000 ke bawah, bayaran pertama sebanyak RM400 adalah pada bulan Februari, RM400 bayaran kedua pada bulan Jun dan seterusnya ketiga pada bulan Ogos sebanyak RM400.


Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM 3000-4000, RM300 akan dibayar pada bulan Februari, RM300 pada bulan Jun dan seterusnya bayaran ketiga RM300 pada bulan Ogos.


Individu berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah akan dibayar sekali saja iaitu pada bulan Februari sebanyak RM450.


PERINGATAN     
  1. MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:
             a. http://brim-hasil.net/
             b. https://www.facebook.com/BR1M3/
             c. http://www.br1m.info
             d. http://www.br1m.net
             e. http://www.br1m2017.com
             f.  http://www.bantuanrakyat1malaysia.com
             g. https://www.facebook.com/BR1M2017/
             h. http://bulletinmedia.blogspot.my/2017/01/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena.html
             i.  http://www.siakapkeli/terkini/bayaran-brim-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cina
             j.  http://pingje.org/infoje/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cinabr1m-telah-di-kreditkan-ke-akaun-sila-semak-akaun-anda/
             k. http://wow.com/permohonan/
  2. Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
  3. Untuk makluman, LHDNM juga tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berikut adalah bukan milik LHDNM:
             +6016-830-1970 
             +6016-736-9364 
             +6016-594-7475  
  4. LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada tuan / puan yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M dan tuan / puan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
  5. LHDNM menerima aduan dimana terdapat permohonan BR1M 2017 yang dikemukakan kepada pihak ketiga telah dikenakan bayaran. Untuk makluman, kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M 2017. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk hadir terus ke cawangan LHDNM yang berhampiran bagi tujuan permohonan BR1M 2017.
  6. Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

MAKLUMAN  
  1. Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Sila klik  Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM.
  2. Untuk makluman, tempoh permohonan BR1M 2017 telah dilanjutkan dari 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017. Sila klik  Jadual Pembukaan Kaunter pada 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 di semua CawanganLHDNM.
  3. Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

3 comments :

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol