Ost Seindah Sakura


Sinopsis Seindah Sakura

Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri.
Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.

Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures, bakal membuka tirainya pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi.

Kita layan lagu harapan.(best jugak)

Harapan-Ost Seindah Sakura with lyrics Lagu Harapan -Hyper Act-



sumber : youtube

1 comment :

  1. tgk citer nih mcm best...tapi, tak berkesempatan follow...tgk sikit-sikit jer...separuh2...tu yg tak bape faham...ekeke..

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol