Amerika Syarikat – “Tuah ayam nampak di
kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’’ itu perumpamaan yang sesuai
digambarkan kepada seorang lelaki gelandangan.
Lelaki
berkenaan, Timothy Yost tidak menyangka kunjungannya ke sebuah taman di
Texas, telah menemukannya dengan sebuah beg penuh dengan duit berjumlah
RM244,588.
Wang itu ditemui ketika dia membasuh kaki di sungai Colorado.
Pada
mulanya, ketika dia menemui beg tersebut, Yost, 46 tahun, berasa
curiga, lalu menyepak beg itu dan selepas membukanya dia menemui wang
tunai dan syiling yang telah basah.
Yost kemudiannya membawa wang berkenaan ke bank dan cuba menukar wang itu dengan wang yang baru.
Namun kerani bank yang curiga dengan tindakannya itu telah menghubungi polis.
Wang
itu kemudiannya disimpan oleh pihak berkuasa sehingga siasatan selesai
dijalankan bagi mengetahui pemilik wang itu atau sama ada ia adalah wang
hasil kegiatan jenayah.
Selepas gagal mencari pemiliknya, polis mengisytiharkan wang berkenaan menjadi milik mereka yang menemuinya iaitu Yost.
Bagaimanapun, Yost yang kini dipenjara atas dakwaan menceroboh, akan memiliki wang itu sebaik sahaja dia dibebaskan.
kredit mynewshub
kredit mynewshub
esok bangun cuci muka , duit depan mata, kan bagus ! :)
ReplyDeletehehe..nak buat jugak la..mana tau..:)
ReplyDeletelooorr kaya sekelip mata
ReplyDelete