Dapat Duit Ketika Cuci Kaki di Sungai




Amerika Syarikat – “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’’ itu perumpamaan yang sesuai digambarkan kepada seorang lelaki gelandangan.

Lelaki berkenaan, Timothy Yost tidak menyangka kunjungannya ke sebuah taman di Texas, telah menemukannya dengan sebuah beg penuh dengan duit berjumlah RM244,588.
Wang itu ditemui ketika dia membasuh kaki di sungai Colorado.
Pada mulanya, ketika dia menemui beg tersebut, Yost, 46 tahun, berasa curiga, lalu menyepak beg itu dan selepas membukanya dia menemui wang tunai dan syiling yang telah basah.
Yost kemudiannya membawa wang berkenaan ke bank dan cuba menukar wang itu dengan wang yang baru.
Namun kerani bank yang curiga dengan tindakannya itu telah menghubungi polis.
Wang itu kemudiannya disimpan oleh pihak berkuasa sehingga siasatan selesai dijalankan bagi mengetahui pemilik wang itu atau sama ada ia adalah wang hasil kegiatan jenayah.
Selepas gagal mencari pemiliknya, polis mengisytiharkan wang berkenaan menjadi milik mereka yang menemuinya iaitu Yost.
Bagaimanapun, Yost yang kini dipenjara atas dakwaan menceroboh, akan memiliki wang itu sebaik sahaja dia dibebaskan.

kredit mynewshub

3 comments :

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol