Maksud Dejavu Kinabalu-slot akasia TV3



Slot Akasia di TV3 yang baru, Dejavu Di Kinabalu yang telah menggantikan drama Seindah Sakura telah pun ditayangkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.


Dejavu (bahasa Perancis) bermaksud "pernah dilihat".

•Perkara/situasi yang sedang kita lalui/rasa/lihat SEKARANG,
Macam sesuatu pengalaman/rasa yang kita PERNAH lalui/lihat SEBELUM ni.


Sinopsis

Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula di miliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalalangan jalan raya. Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia di pertemukan dengan Nadira.
Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya.
Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya. Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia. Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cinta nya akan berpaling arah?

2 comments :

  1. best ke drma ni.. jrg arr tgok drama tv3 time ptg2 mcm ni.. klu drama time malam layan la jgk.. :)

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol