TM tingkat komunikasi serantau



TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menyertai konsortium untuk membina sistem kabel Bay of Bengal Gateway (BBG) dengan kerjasama lima syarikat telekomunikasi antarabangsa dalam usaha syarikat itu meningkatkan tahap kecekapan telekomunikasi serantau.


Syarikat yang terlibat dalam konsortium itu terdiri daripada Kumpulan Vodafone, Etisalat (Emiriah Arab Bersatu), Dialog Axiata (Sri Lanka), Reliance Jio Infocomm Limited (India) dan Omantel (Oman).

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman berkata, konsortium itu adalah sebahagian komitmen berterusan keenam-enam syarikat tersebut dalam melabur untuk meluaskan sambungan jalur lebar kepada pasaran lebih besar.

Menurutnya, kapasiti tambahan itu akan membantu menangani kesesakan yang mungkin dihadapi pada masa akan datang di samping meletakkan syarikat itu dalam kedudukan lebih baik pada masa depan.

"Saya percaya akan ada banyak peluang baru lain yang akan muncul hasil daripada pakatan yang baru dimeterai hari ini,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara TM dan lima syarikat terbabit di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sistem kabel dasar laut yang dimulakan dan diterajui oleh TM dan Vodafone akan menghubungkan Malaysia, melalui Pulau Pinang, dan Singapura ke dua negara Timur Tengah iaitu Oman dan Emiriah Arab Bersatu dengan hubungan menjangkau ke India dan Sri Lanka.

Sistem kabel BBG itu dijangka akan mula membawa trafik komersial pada penghujung 2014.

jom klik sini

Aaron Aziz vs Shaheizy Sam vs Beto Kusyairi. Siapakah HERO Terbaik?? 

Jom beli hadiah untuk ari IBU..

Iron Man Sim Card + 3G data = RM58/per month. Best deal in M'sia?

Boleh jadi orang Malaysia ke-2 ke angkasa lepas? Biar Betul!! 

[Contest] Check out this Mini Madness by Celcom! 

1 comment :

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol