Keychain Tanda Salib Matrikulasi Perlis KMP Tersebar Luas



Berita Terkini Keychain Tanda Salib Matrikulasi Perlis KMP Tersebar Luas

Berita terkini isu pemberian Keychain tanda Salib kepada pelajar Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Menerusi laman sosial, seorang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis telah memuat naik beberapa keping foto mendakwa terdapat lambang salib pada tapak Keychain yang diberikan oleh Kolej Matrikulasi khusus untuk pelajar yang mendaftar pada sesi kemasukan 2015/ 2016. Tambahnya lagi, dia menyedari lambang salib berkenaan susulan keychain tersebut terjatuh dan menyebabkan logo KMP tertanggal sehingga menampakkan bentuk tanda salib di bahagian dalamnya.

Penjelasan Isu Keychain Tanda Salib Matrikulasi Perlis KMP

Pihak Kolej Matrikulasi Perlis dalam kenyataan rasmi mengesahkan isu terdapat lambang salib pada Keychain yang diberikan kepada pelajar sesi 2015/ 2016. Bagaimanapun, isu itu datang daripada pihak pembekal Keychain berkenaan. Tindakan sudah diambil dan pembekal menarik semula keychain yang diberikan kepada pelajar dan akan menggantikan dengan yang baru.



kredit: melvister.com

3 comments :

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol