Pembayaran BR1M 21 september



KUALA LUMPUR - Pembayaran akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadualkan pada akhir September ini akan dipercepatkan mulai 21 September, 2015.
   


Pembayaran ini dipercepatkan sempena ketibaan Hari Raya Aildiladha pada 24 September, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
  
"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini, ia dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha nanti," katanya.
  
Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing.
 
Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan BSN, Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran.
  
Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat. Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari, 2015 dan peringkat kedua pada 28 Mei, 2015.
  
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta emel kepada: br1m@treasury.gov.my.


Kredit- Bernama

2 comments :

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol