Sinopsis Hello Mr Perfect Episod Akhir (Episod ke 28)



Pelakon Drama Hello Mr Perfect TV3

Fattah Amin - Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah - Alya Adriana / Nurul Ain
Rafiq Razali - Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah - Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar - Rahim
Mimi Ernida – Lina
Keena Mentor - Hana
Nafiez Zaidi - Azizi
Zaidi Omar - Omar
Elya Miera – Sofi
Fiza Halim - Datin Seri Rosni
Eizlan Yusof - Dato Seri Amiruddin
Kay Maria - Mak Temah

Afzan A.Rahman - Fauzi
Ammar Alfian – Aizat
Chomel Fana - Amani




(Fattah Amin) berusaha memujuk isterinya Alya (Ruhainies). Alya pula cuba mengelak dirinya daripada Izzul. Izzul tidak berputus asa, dia melakukan apa sahaja agar Alya kembali padanya.

Namun insiden tak sengaja berlaku di set penggambaran Aizat (Ammar Alfian). Semasa Alya sedang berborak dengan Aizat, dia hampir terjatuh dan Aizat serta merta menyelamatkan Alya. Alya berada dalam dakapan Aizat. Kebetulan, Izzul berada di tempat itu.

Hati Izzul hancur melihat isterinya dengan lelaki lain lantas segera berlalu dari situ. Alya cuba mengejar Izzul tapi gagal. Izzul telah meninggalkan set penggambaran. Alya cuba menghubungi Izzul untuk menerangkan hal sebenar tapi panggilannya tidak dijawab. Alya resah memikirkan insiden yang berlaku petang itu.

Alya ke rumah keluarga Izzul dan berjumpa dengan ibu mertuanya Datin Seri Rosni (Fiza Halim). Melihat keadaan Alya yang gundah gulana itu, Datin Rosni cuba membantu. Dia memberitahu Alya lokasi kegemaran Izzul yang anaknya suka pergi.

Tanpa melengahkan masa, Alya segera ke tempat itu. Alya meminta maaf pada suaminya. Izzul terharu melihat Alya kembali semula kepadanya. Izzul melupakan segala apa yang telah terjadi, dia ingin memulakan kehidupan baru bersama isteri tercintanya.

Alya berjumpa semula dengan Aizat, kali ini ditemani suaminya. Alya memperkenalkan Izzul kepada Aizat. Melihat Alya kini bahagia bersama suaminya, Aizat mula memikirkan hubungannya dengan Sofi (Elya Miera). Ketika Aizat cuba memulihkan hubungan mereka, Sofi menrangkan dia sudah membuat keputusan. Sofi memikirkan masa depannya, dan dia ingin melanjutkan pelajarannya semula.

Ayah tiri Alya iaitu Omar ( Zaidi Omar) dan juga Rahim (Azlan Mokhtar) telah ditangkap oleh polis. Mereka di dakwa atas banyak kesalahan jenayah.Alya menyulam bunga cinta bersama suaminya. Mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. 
– Tamat -


2 comments :

  1. entry ini adalah 100% hasil penulisan saya. sila berikan kredit kepada sumber asal. harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kredit
      http://umikasum.blogspot.com/2015/11/hello-mr-perfect-episod-akhir.html

      Delete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol