Hadkan aktiviti luar rumah dari penyakit Virus ZIKA
SHAH ALAM: Penduduk di Klang terutama di kawasan Taman Botanik digesa supaya mengawasi aktiviti keluarga masing-masing dan tidak melakukan aktiviti luar terutama pada waktu senja dan subuh. Sepanjang tempoh pemantauan, penduduk sekitar terutama kanak-kanak dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar rumah terutama pada waktu senja dan subuh kerana Aedes yang dikhuatiri membawa virus Zika paling aktif pada waktu berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata selain mengehadkan aktiviti luar, orang awam diminta untuk memastikan persekitaran rumah masing-masing bebas daripada tempat pembiakan Aedes.
Katanya, mereka juga diingatkan untuk memakai baju lengan panjang ketika berada di luar selain menggunakan krim penghalau serangga. "Sekiranya terdapat gejala jangkitan seperti demam, mata merah, ruam dan sakit sendi, segera ke klinik dan hospital berdekatan untuk membuat ujian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Wanita berusia 58 tahun dari Taman Botanik, Klang disahkan positif virus Zika, kes pertama di Malaysia. Pesakit itu pulang dari Singapura pada 21 Ogos lalu.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
salam singgah jumaat...
ReplyDeletesemoga kita dijauhi penyakit ini...
take care...
amin...
Delete