Kumpulan pop-punk kegemaran ramai di KL Live pada 7 September 2016
Selami suara generasi suatu masa dahalu bersama Simple Plan! Mereka kini kembali ke Malaysia untuk konsert “Taking One for the Team Tour Kuala Lumpur 2016”. Konsert ini diadakan sempena album terbaharu mereka, “Taking One for The Team”- sejak formasi kumpulan ini pada tahun 1999.
Kumpulan ini terdiri daripada Pierre Bouvier (vokal), Chuck Comeau (drum), David Desrosiers (bass, vokal latar), Sébastien Lefebvre (gitar, vokal latar), and Jeff Stinco (gitar utama). Simple Plan muncul semula dengan irama yang baru untuk peminat-peminat mereka.
Walaupun mereka terkenal dengan musik pop punk dan lagu rock, kumpulan ini cuba untuk menceburi di dalam genre yang luar daripada asal muzik mereka. Album terbaharu ini adalah peluang mereka untuk mengubah muzik dengan genre yang lain daripada biasa seperti lagu “Singing in the Rain” dengan R.City yang mempunyai unsur reggae atau lagu yang lebih sentimental seperti “Perfectly Perfect”.
Selepas 17 tahun bersama, Simple Plan tetap dengan cara mereka yang dulu. Mereka masih menulis lagu tentang motivasi diri. Konsert ini menjanjikan kemunculan Simple Plan dengan cara yang lebih besar. Sertai konsert sempena album terbaharu mereka pada 7 September 2016, di KL Live, Kuala Lumpur.
Salam pagi...
ReplyDeletedatang pagi tinggalkan jejak :)
tq...
ReplyDelete