SUASANA di bangunan KL Live@ Life Centre meriah semasa konsert 'Taking One For The Tour Kuala Lumpur 2016', anjuran IMC Live, malam tadi.
Meskipun kira-kira 2,000 peminat sahaja yang hadir, jeritan mereka sangat kuat ibarat 10,000 manusia yang hadir.
Mana tidaknya, kumpulan punk rock terkenal dunia, Simple Plan kembali semula ke Malaysia untuk membuat konsert, sekaligus mengubat rindu peminat yang menunggu kehadiran mereka.
Walaupun konsert berlangsung secara sederhana, penonton tetap begitu gembira dan menjadikan konsert berlangsung meriah.
Sebaik sahaja band yang diketuai Pierre Bouvier menjejak kaki ke pentas kira-kira jam 9.20 malam, peminat menjerit sekuat hati, menatap wajah band kesayangan mereka.
Pada konsert itu, lagu 'Opinion Overland' menjadi pilihan band dari Kanada untuk dinyanyikan sebagai pembuka tirai.
Sehinggalah ke lagu terakhir iaitu lagu yang paling diminati kebanyakan penonton yang hadir, Perfect dinyanyikan dan penonton turut menyanyi bersama-sama Simple Plan.
sumber : sinarharian.com.my
singgah pagi jumaat
ReplyDelete