Showing posts with label penjawat awam. Show all posts
Showing posts with label penjawat awam. Show all posts

'Berita Baik' untuk sektor awam -TPM Muhyiddin


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.



Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

Bajet 2013: Cuepacs harap bonus satu setengah bulan



SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan menyediakan bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam.

Kerajaan Selangor beri bonus raya 2012




Selangor beri bonus raya - Kerajaan negeri selangor semalam meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persediaan sempena Aidilfitri yang bakal menjelma.

Bonus Raya untuk Penjawat Awam 2012



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dgn bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam

Bonus Raya untuk Penjawat Awam




KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Pengiraan Pemindahan Gaji Baru untuk Kakitangan Kerajaan

Pengiraan gaji untuk penjawat awam skim baru..
Bagi penjawat awam anda boleh semak gaji baru anda disini..



Bayaran Gaji untuk Penjawat Awam pada bulan JAN



KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).
 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol