New Ipad berharga rm 999




KUALA LUMPUR – Maxis Berhad (Maxis) menawarkan iPad berharga RM999 kepada pelanggannya yang mendaftar untuk pelan data 12GB Maxis sebanyak RM108 sebulan sehingga 30 Jun ini.

Maxis melalui satu kenyataan media memberitahu, ahli Maxis One Club (MOC) pula layak mendapat diskaun sehingga RM300 menjadikan iPad baru itu cuma berharga RM699.
“Maxis menawarkan iPad terbaru dengan model Wi-Fi plus selular dengan pelbagai pelan data menarik yang akan membenarkan pelanggan untuk bersambung ke rangkaian Maxis.
“Pelan internet untuk iPad baru ini yang boleh didapati di Pusat Maxis dan kedai Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai hari ini. iPad ini memanfaatkan peningkatan rangkaian Maxis yang menggunakan teknologi “HSPA + Dual Carrier” bagi menggandakan prestasi muat turun dan pelayaran web,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, iPad tersebut dilengkapi pelbagai aplikasi termasuk Maxis ebooks, perkhidmatan buku digital bersepadu, Maxis F1 2012, Maxis Movies, Maxis Finder301, Maxis Customer Service dan Maxis PayPal.
Kata kenyataan itu lagi, pelanggan iPad juga boleh memuat turun tajuk-tajuk terpilih secara percuma sehingga 31 Julai 2012.


kredit mynewshub,www.maxis.com.my, http://moc.maxisdevices.com dan www.apple.com/ipad

3 comments :

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol